SAMB PERKASA BUDAYA INTEGRITI BERSAMA RAKAN NIAGA

BANDARAYA MELAKA 2 Oktober – Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), komited memerangi amalan rasuah dan salah guna kuasa menerusi lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Ketua Pegawai Eksekutif SAMB, Datuk Mohd Saleh Jusman berkata, ikrar tersebut bukan hanya membabitkan pegawai dan kakitangannya, namun turut melibatkan setiap rakan niaga SAMB.

Jelasnya, SAMB sendiri berhasrat mahu membentuk ekosistem budaya kerja cemerlang serta berintegriti bagi memastikan segala tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilunaskan dengan baik.

“Di SAMB, objektif kami adalah untuk menzahirkan budaya integriti yang tinggi sebagai sebuah organisasi yang menjalankan perniagaan.

“Kerjasama mengikut garis panduan integriti adalah asas kepada segalanya, jadi saya seru semua warga kerja dan rakan niaga agar sentiasa menjaga etika, integriti dan utamakan tugas yang telah diamanahkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah Bersama Rakan Niaga SAMB di sebuah hotel di sini, hari ini.

Majlis itu dimulakan dengan lafaz ikrar bebas rasuah dan disusuli majlis menandatangani IBR yang diketuai Timbalan Pengerusi SAMB, Datuk Wira Ab Wahab Ab Latip.

Manakala, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka pula diwakili Timbalan Pengarah (Operasi), Penolong Pesuruhjaya (PPj) Dzul Azmi Yahya.

Sementara itu, Dzul Azmi menyifatkan inisiatif SAMB melibatkan rakan niaga dalam IBR adalah satu usaha yang positif, sekali gus melebarkan nilai integriti secara berkesan.

“Saya ingin merakamkan penghargaan buat pihak SAMB kerana turut melibatkan rakan niaganya pada IBR kali ini.

“Ini sekali gus mencerminkan profesionalisme SAMB bagi memperkukuhkan nilai integriti bukan sahaja dalam kalangan pegawai serta kakitangan tetapi turut libatkan rakan niaga,” katanya ketika berucap menyempurnakan perasmian majlis tersebut.

Pada majlis itu, lebih 80 rakan niaga SAMB terlibat dan mereka turut bersama-sama dengan pegawai serta kakitangan SAMB melafazkan ikrar IBR yang diketuai oleh Ab Wahab.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

HEBAT: RAKYAT MELAKA PUAS DAPAT BERTEMU PEMIMPIN LUAH MASALAH

Seri Negeri – Rakyat Melaka meluahkan rasa syukur dan gembira apabila diberikan peluang bertemu pemimpin secara langsung pada Hari Ahli …

OPERASI LORONG KOSONG (Ops LOKOS) MBMB

Melaka Tengah – Operasi Lorong Kosong (Ops LOKOS) MBMB Bil. 21 Tahun 2025 anjuran Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya MBMB …

SARAPAN BUKAN SEKADAR MAKAN – IA PELINDUNG KESIHATAN ANDA

Sarapan Bukan Sekadar Makan – Ia Pelindung Kesihatan Anda! Ramai yang abaikan sarapan sebab sibuk. Tapi sarapan penting untuk: 🔋 …