DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah menyita sebuah lori tipper yang telah melakukan pengubahsuaian struktur badan asal kepada yang lebih besar untuk membawa lebih muatan. Selain pengubahsuaian itu, lori tersebut juga didapati membawa lebih muatan daripada had dibenarkan, membawa barang lain daripada syarat lesen pengendali iaitu bahan pertanian ( syarat lesen bahan binaan ) dan kesalahan teknikal tayar haus berlebihan. Lori tersebut disita dibawah seksyen 80(1) APAD 2010.
Ops Gempur Kenderaan Perdagangan akan terus dilaksanakan oleh JPJ Negeri Pulau Pinang bagi memastikan pengusaha dan pemandu kenderaan perdagangan mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 ( Akta 333 ), Akta Pengangkuatan Awam Darat 2010 ( Akta 715 ) dan Kaedah-Kaedah dibawahnya, serta memastikan kenderaan perdagangan selamat digunakan dijalanraya.
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



