ππ πππ©πππ¦πππ« – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan Labuan pada hari ini telah menganjurkan Program Bicara Eksekutif Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan. Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk memberikan perkongsian kepada kumpulan sasar yang terlibat berkaitan pengurusan keselamatan negara dan peranan setiap pihak dalam menangani ancaman keselamatan terhadap negara.
Perkongsian telah disampaikan oleh YDH CP Datoβ Haji Baharuddin bin Haji Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik), Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri. CP Datoβ Haji Baharuddin merupakan mantan Pengarah Cawangan Khas PDRM yang mempunyai pengalaman luas serta telah terlibat secara langsung dalam menjana dan menjayakan beberapa operasi Cawangan Khas.
Dalam perkongsiannya, CP Datoβ Haji Baharuddin telah menekankan kepentingan menjadi seorang warganegara Malaysia yang bertanggungjawab serta menghayati erti kesyukuran terhadap keamanan negara Malaysia yang telah diperjuangkan oleh orang-orang terdahulu. Beliau juga telah menggariskan bahawa peranan menjaga keselamatan negara perlu dihayati dan digalas oleh semua pihak di negara ini bertepatan dengan slogan βKeselamatan Negara, Tanggungjawab Bersamaβ.
Program pada hari ini telah dirasmikan oleh Encik Simsudin bin Sidek, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan dan turut dihadiri oleh Panglima Wilayah Udara 2 TUDM, Ketua Polis Daerah Labuan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan, ketua-ketua dan wakil jabatan Kerajaan, barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).



