PROGRAM BICARA EKSEKUTIF KESELAMATAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN TAHUN 2025

πŸπŸ’ π’πžπ©π­πžπ¦π›πžπ« – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan Labuan pada hari ini telah menganjurkan Program Bicara Eksekutif Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan. Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk memberikan perkongsian kepada kumpulan sasar yang terlibat berkaitan pengurusan keselamatan negara dan peranan setiap pihak dalam menangani ancaman keselamatan terhadap negara.
Perkongsian telah disampaikan oleh YDH CP Dato’ Haji Baharuddin bin Haji Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik), Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri. CP Dato’ Haji Baharuddin merupakan mantan Pengarah Cawangan Khas PDRM yang mempunyai pengalaman luas serta telah terlibat secara langsung dalam menjana dan menjayakan beberapa operasi Cawangan Khas.
Dalam perkongsiannya, CP Dato’ Haji Baharuddin telah menekankan kepentingan menjadi seorang warganegara Malaysia yang bertanggungjawab serta menghayati erti kesyukuran terhadap keamanan negara Malaysia yang telah diperjuangkan oleh orang-orang terdahulu. Beliau juga telah menggariskan bahawa peranan menjaga keselamatan negara perlu dihayati dan digalas oleh semua pihak di negara ini bertepatan dengan slogan β€œKeselamatan Negara, Tanggungjawab Bersama”.
Program pada hari ini telah dirasmikan oleh Encik Simsudin bin Sidek, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan dan turut dihadiri oleh Panglima Wilayah Udara 2 TUDM, Ketua Polis Daerah Labuan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan, ketua-ketua dan wakil jabatan Kerajaan, barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …