𝗢𝗣𝗦 𝗦𝗔𝗣𝗨 𝗠𝗜𝗡𝗬𝗔𝗞: 𝟭𝟳 𝗣𝗔𝗧𝗜 𝗗𝗜𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 𝗠𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚

𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨, 𝟮𝟮 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱 – Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu melalui Bahagian Penguatkuasaan telah melaksanakan Ops Sapu dan Ops Minyak di sekitar Kuala Terengganu dan Marang pada 22 September 2025 bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.

Sebanyak tujuh premis telah diperiksa melibatkan seramai 41 individu pelbagai warganegara. Hasil pemeriksaan, seramai 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) berumur antara 17 hingga 39 tahun telah ditahan yang terdiri daripada tujuh lelaki warga Bangladesh serta sembilan lelaki dan seorang remaja lelaki warga Myanmar.

Tangkapan dilakukan di beberapa lokasi iaitu Kampung Belukar Jambu (tapak pembinaan) dua tangkapan; Kampung Jambu (rumah kediaman) satu tangkapan; Kampung Alor, Atas Tol (rumah dalam pembinaan) satu tangkapan; Klinik Desa Atas Tol (tapak pembinaan) lima tangkapan; Kampung Tok Dir (tapak pembinaan rumah) empat tangkapan; Kampung Undang, Bukit Payong (rumah kediaman) tiga tangkapan; dan Bukit Payong (pusat mencuci kenderaan) satu tangkapan.

Kesemua tahanan telah dibawa ke Depot Imigresen Ajil untuk siasatan lanjut. Antara kesalahan yang dikenalpasti ialah tidak memiliki pas atau permit sah di bawah Seksyen 6(1)(c), tinggal melebihi tempoh pas di bawah Seksyen 15(1)(c) serta melanggar syarat pas di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Selain itu, tiga individu tempatan turut diberikan notis hadir ke Pejabat Imigresen untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki menggaji atau melindungi PATI.

JIM Terengganu akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan bagi membanteras PATI serta memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terus terpelihara.

Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …