๐๐จ๐๐๐ ๐ก๐๐ฅ๐จ๐ฆ, ๐ฎ๐ญ ๐ฆ๐ฒ๐ฝ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ – Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu telah melaksanakan operasi penguatkuasaan Ops Sapu di sekitar daerah Kuala Nerus dan Setiu pada 21 September 2025 bermula jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang. Operasi ini dijalankan oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasaan JIM Negeri Terengganu.
Sebanyak lapan premis telah diperiksa melibatkan seramai 40 individu pelbagai warganegara. Hasil pemeriksaan, seramai 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) berumur antara 21 hingga 50 tahun telah ditahan. Mereka terdiri daripada 10 lelaki warga Indonesia, lapan lelaki warga Bangladesh, lima lelaki warga Kemboja serta dua lelaki warga Myanmar.
Tangkapan dilakukan di beberapa lokasi iaitu Taman Sri Gelang, Kuala Nerus (tapak pembinaan rumah kediaman berkembar) dengan lima tangkapan; Kampung Kubang Badak, Kuala Nerus (rumah dalam pembinaan) tiga tangkapan; Tok Jembal, Kuala Nerus (tapak cadangan rumah kediaman) satu tangkapan; Kampung Padang Nenas, Kuala Nerus (rumah dalam pembinaan) satu tangkapan; Batu Rakit, Kuala Nerus (tapak cadangan rumah banglo) empat tangkapan; Kampung Mangkuk, Setiu (rumah dalam pembinaan) 10 tangkapan; dan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Mangkuk, Setiu dengan satu tangkapan.
Kesemua tahanan dihantar ke Depot Imigresen Ajil untuk tindakan lanjut. Antara kesalahan yang dikesan termasuk tinggal melebihi tempoh pas di bawah Seksyen 15(1)(c), tiada dokumen perjalanan atau permit sah di bawah Seksyen 6(1)(c), serta melanggar syarat pas di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Selain itu, seorang individu tempatan turut diberikan notis hadir ke pejabat penguatkuasaan bagi membantu siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 berhubung penggajian PATI.
JIM Terengganu akan terus mempertingkatkan usaha penguatkuasaan dari semasa ke semasa demi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara terjamin.
Sumber : Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu (https://www.facebook.com/JIMTerengganu)



