𝗛𝗨𝗟𝗨 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨, 𝟮𝟬 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu telah melaksanakan pemindahan seramai 50 tahanan ke negara asal melibatkan warganegara Bangladesh (13 orang), Indonesia (16 orang), Pakistan (1 orang), Vietnam (14 orang), Algeria (1 orang), Ghana (1 orang), China (3 orang) dan Nigeria (1 orang). Pecahan jantina terdiri daripada 44 lelaki dan 6 wanita. Operasi pemindahan ini dilaksanakan oleh Unit Pemindahan dengan dibantu Pasukan Iring Kawal Depot Imigresen Ajil, bermula dari Depot Imigresen Ajil, Hulu Terengganu ke Terminal 1 dan 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Kesemua tahanan berusia antara 19 hingga 65 tahun telah melalui proses perundangan negara serta melengkapkan dokumentasi di kedutaan negara masing-masing sebelum dipindahkan. Mereka turut disenarai hitam daripada memasuki Malaysia atas kesalahan yang telah dilakukan.
Operasi ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan JIM Terengganu dalam memastikan pengurusan tahanan di Depot Imigresen Ajil dilaksanakan secara berjadual dan teratur.
Sumber : Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu (https://www.facebook.com/JIMTerengganu)



