PPM RAMPAS PRODUK SEJUK BEKU TANPA LESEN BERNILAI RM132,905 DI BEAUFORT

RAMPAS: Rampasan produk sejuk beku pelbagai jenama tanpa lesen bernilai lebih RM132,000.

BEAUFORT: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah merampas produk sejuk beku pelbagai jenama tanpa lesen bernilai lebih RM132,000 dalam satu operasi bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar di sebuah rumah di Jalan Tokong Cina di sini.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, serbuan kira-kira jam 2 petang itu dijalankan hasil maklumat awam mengenai kegiatan penyimpanan produk sejuk beku tanpa lesen di premis terbabit.

“Hasil pemeriksaan menemukan sebanyak 232 kotak produk sejuk beku pelbagai jenama tanpa lesen dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM132,905.

“Semua barangan terbabit dirampas untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Enakmen Haiwan 2015,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Nazri menegaskan pihaknya mengalu-alukan maklumat daripada orang awam untuk membantu pihak berkuasa mengesan aktiviti penyeludupan dan pelanggaran undang-undang.

“PPM sentiasa komited dalam membanteras jenayah penyeludupan demi keselamatan dan kesejahteraan negara,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …