𝗢𝗣𝗦 𝗦𝗔𝗣𝗨 𝗗𝗜 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗡𝗘𝗥𝗨𝗦 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗨

𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗡𝗘𝗥𝗨𝗦, 𝟮𝟭 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱 – Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu telah melaksanakan operasi penguatkuasaan Ops Sapu di sekitar daerah Kuala Nerus dan Setiu pada 21 September 2025 bermula jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang. Operasi ini dijalankan oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasaan JIM Negeri Terengganu.

Sebanyak lapan premis telah diperiksa melibatkan seramai 40 individu pelbagai warganegara. Hasil pemeriksaan, seramai 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) berumur antara 21 hingga 50 tahun telah ditahan. Mereka terdiri daripada 10 lelaki warga Indonesia, lapan lelaki warga Bangladesh, lima lelaki warga Kemboja serta dua lelaki warga Myanmar.

Tangkapan dilakukan di beberapa lokasi iaitu Taman Sri Gelang, Kuala Nerus (tapak pembinaan rumah kediaman berkembar) dengan lima tangkapan; Kampung Kubang Badak, Kuala Nerus (rumah dalam pembinaan) tiga tangkapan; Tok Jembal, Kuala Nerus (tapak cadangan rumah kediaman) satu tangkapan; Kampung Padang Nenas, Kuala Nerus (rumah dalam pembinaan) satu tangkapan; Batu Rakit, Kuala Nerus (tapak cadangan rumah banglo) empat tangkapan; Kampung Mangkuk, Setiu (rumah dalam pembinaan) 10 tangkapan; dan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Mangkuk, Setiu dengan satu tangkapan.

Kesemua tahanan dihantar ke Depot Imigresen Ajil untuk tindakan lanjut. Antara kesalahan yang dikesan termasuk tinggal melebihi tempoh pas di bawah Seksyen 15(1)(c), tiada dokumen perjalanan atau permit sah di bawah Seksyen 6(1)(c), serta melanggar syarat pas di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Selain itu, seorang individu tempatan turut diberikan notis hadir ke pejabat penguatkuasaan bagi membantu siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 berhubung penggajian PATI.

JIM Terengganu akan terus mempertingkatkan usaha penguatkuasaan dari semasa ke semasa demi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara terjamin.

Sumber : Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu (https://www.facebook.com/JIMTerengganu)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …