JEJAK PUSARA PAHLAWAN, VETEREN RENJER DALAM KENANGAN

KUALA BESUT – Program Jejak Pusara Pahlawan telah diadakan di Tanah Perkuburan Beris Baru, Kuala Besut bagi menziarahi pusara Allahyarham Wan Hassan Idris, seorang Veteran Renjer yang gugur syahid dalam serangan hendap pengganas komunis pada 26 Jun 1972 di Lundu, Sarawak.

Majlis turut disertakan dengan bacaan tahlil ringkas sebagai tanda penghormatan serta doa agar roh Allahyarham sentiasa dicucuri rahmat Allah SWT.

Hadir sama Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), Dato’ Sharuddin, dan Yang Dipertua PVATM Negeri Terengganu, Shaikh Muhamad Shaikh Keramat, bersama-sama mengenang jasa dan pengorbanan besar Allahyarham dalam mempertahankan tanah air.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut,Mohd Husaimi Hussin berkata, pengorbanan yang dicatatkan oleh Allahyarham Wan Hassan Idris perlu dijadikan teladan oleh generasi hari ini sebagai bukti keberanian dan kesetiaan seorang pejuang tanah air.

“Allahyarham telah membuktikan bahawa keamanan dan kemerdekaan yang kita kecapi hari ini dibayar dengan darah, keringat dan nyawa pejuang terdahulu. Kita sebagai generasi pewaris wajib menghargai jasa besar ini dengan menjaga perpaduan serta mempertahankan negara daripada sebarang ancaman,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa usaha mengenang dan menghargai jasa pahlawan negara akan terus diperkasakan agar semangat patriotisme sentiasa hidup dalam kalangan masyarakat.

“Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan para syuhada, pejuang agama, bangsa dan negara, dan semoga pengorbanannya menjadi sumber kekuatan kepada kita untuk terus berbakti kepada tanah air tercinta,” jelasnya.

Sumber : https://www.trdi.my/jejak-pusara-pahlawan-veteren-renjer-dalam-kenangan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …