KERETA TERBAKAR SELEPAS BERTEMBUNG LORI, SEORANG MAUT, DUA CEDERA

RENTUNG: Kereta mangsa hangus terbakar selepas bertembung lori berkenaan.

LAHAD DATU: Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas sebuah kereta bertembung dengan lori tiga tan di simpang Sekolah Kebangsaan (SK) Sandau, di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.20 petang sebelum sepasukan lapan anggota bersama dua jentera digerakkan ke lokasi.

Katanya, sebaik tiba, kereta berkenaan didapati terbakar sepenuhnya dipercayai akibat impak kuat perlanggaran berkenaan.

Menurutnya, pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran dan api berjaya dikawal kira-kira jam 4.28 petang sebelum operasi ditamatkan 10 minit kemudian.

“Pemandu kereta berusia 24 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Dua lagi mangsa, masing-masing berusia 34 dan 24 tahun yang menaiki lori tiga tan, mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumsoa berkata, mangsa yang meninggal dunia berjaya dikeluarkan orang awam sebelum kereta berkenaan terbakar sepenuhnya dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Dua mangsa yang cedera pula diserahkan kepada pasukan ambulans KKM untuk dibawa ke hospital bagi menerima rawatan lanjut,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …