MENANGANI ANCAMAN AJARAN SESAT DAN EKSTREMISME

BICARA EKSEKUTIF ‘KESELAMATAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA’ – MENANGANI ANCAMAN AJARAN SESAT DAN EKSTREMISME

SHAH ALAM, 11 September 2025 – Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor menjadi saksi penganjuran Program Bicara Eksekutif bertemakan ‘Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama’ –Menangani Ancaman Ajaran Sesat dan Ekstremisme”.

Program anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor ini mendapat kerjasama strategik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.  Majlis dirasmikan oleh YBrs. Puan Faizatul Aini binti Mohd Adnan, Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Selangor. Turut hadir memberi sokongan ialah YBrs. Tuan Mohamad Shukri bin Nawi (Pengarah MKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), YDH ACP Mohamed Izani bin Abdul Halim (Timbalan Ketua Cawangan Khas Selangor) serta barisan penceramah berwibawa termasuk YDH Supt. Bakari bin Bakar dan YDH Supt. Mohamad Zulkifli bin Mat Zin dari Cawangan Khas Bukit Aman, bersama Ustaz Nurhelmi bin Ikhsan dari Bahagian Penguatkuasaan JAIS.

Ancaman ajaran sesat dan ekstremisme semakin kompleks, terutamanya dengan penyebarannya melalui media sosial dan ruang digital. MKN percaya bahawa usaha mengekang ancaman ini tidak boleh dipikul oleh agensi keselamatan semata-mata, sebaliknya memerlukan penglibatan semua pihak – guru, ibu bapa, jawatankuasa masjid serta komuniti setempat.

Hadirin  yang hadir terdiri daripada agensi keselamatan, agensi rakan strategik, dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid seluruh Selangor, program ini menjadi platform penting untuk menyemai kesedaran bahawa keselamatan negara adalah amanah bersama.  Kerjasama inilah yang akan menjamin bahawa Selangor terus aman, dan Malaysia kekal makmur untuk generasi akan datang.

 

#MalaysiaMADANI

#MADANIBekerja

#TaatSetia

#PemikiranStrategikPuncaKemenangan

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …