π—–π—˜π—₯𝗔𝗠𝗔𝗛 π—žπ—˜π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§π—”π—‘ π—π—”π—Ÿπ—”π—‘ π—₯𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗔𝗑 π—£π—˜π— π—”π—‘π——π—¨π—”π—‘ π—•π—˜π—₯π—›π—˜π— π—”π—›

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pulau Pinang melalui Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat telah memenuhi jemputan daripada Hospital Sungai Bakap untuk menyampaikan Ceramah Keselamatan Jalan Raya dan Pemanduan Defensif kepada petugas perkhidmatan kesihatan di hospital tersebut sempena Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Hospital Sungai Bakap 2025.

Sesi perkongsian ilmu pada kali ini lebih berfokus kepada:
βœ… Pematuhan kepada peraturan lalu lintas berdasar Akta Keselamatan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan.
βœ… Membudayakan Pemanduan Selamat;
* Pemeriksaan asas dan pemeriksaan berkala kenderaan jabatan dan kenderaan persendirian.
* Pemakaian tali pinggang keledar bagi semua pengguna dan penumpang kenderaan persendirian.
* Mengenal pasti zon titik buta kenderaan dan kaedah memotong dengan selamat.
* Kepentingan pengetahuan tentang jarak selamat dan pematuhan had laju.
* Mengaplikasikan Teknik CITO dalam pemanduan selamat
βœ… Perkongsian berkaitan:
– Microsleep
– Kepentingan Penggunaan segitiga kecemasan dan kon keselamatan
– Larangan penggunaan lampu hazard ketika hujan lebat.
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …