176 TAHANAN WARGA ASING DIPINDAHKAN KE NEGARA ASAL DARI DEPOT IMIGRESEN AJIL

HULU TERENGGANU, 15 September 2025 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu telah berjaya melaksanakan operasi pemindahan seramai 176 tahanan warga asing ke negara asal masing-masing dalam satu operasi berjadual yang dikendalikan secara teratur dan bersepadu.

Menurut kenyataan JIM Terengganu, pemindahan ini melibatkan tahanan dari sembilan negara iaitu Bangladesh (34 orang), Indonesia (112 orang), Pakistan (6 orang), Kemboja (13 orang), India (2 orang), Vietnam (5 orang), Nepal (2 orang), Thailand (1 orang) dan Mesir (1 orang). Daripada jumlah tersebut, 136 merupakan lelaki dan 40 wanita.

Operasi pemindahan ini dikendalikan oleh Unit Pemindahan JIM Terengganu dengan bantuan Pasukan Iring Kawal Depot Imigresen Ajil, bermula dari Depot Imigresen Ajil, Hulu Terengganu menuju ke Terminal 1 dan Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kesemua tahanan terbabit yang berusia antara 19 hingga 60 tahun telah melalui proses perundangan negara serta melengkapkan segala dokumentasi yang diperlukan di kedutaan negara masing-masing sebelum dihantar pulang. Mereka juga disenarai hitam daripada memasuki Malaysia semula berikutan kesalahan yang telah dilakukan sepanjang berada di negara ini.

JIM Terengganu menjelaskan bahawa operasi ini merupakan usaha berterusan pihaknya dalam memastikan pengurusan tahanan di Depot Imigresen Ajil dapat dijalankan secara sistematik, berjadual dan terancang, sejajar dengan peranan jabatan tersebut dalam mengekang keberadaan pendatang tanpa izin (PATI) di negara ini.

Sumber: JIM Terengganu

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …