KETUA MENTERI BERI SUNTIKAN SEMANGAT KEPADA ADIK SOFIA

Serkam – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, hari ini, memberi suntikan semangat kepada adik Sofia Mohamad Ashree yang bakal mewakili negara pada pertandingan Bahasa Inggeris peringkat antarabangsa.

Sofia yang merupakan Pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah bakal beraksi di pentas World Finals of the Hippo English Language Olympiad pada 29 September hingga 2 Oktober ini di Assisi, Itali.

Ketua Menteri yang diwakili Setiausaha Politiknya Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM5,000 sebagai motivasi dan ‘tonik’ tambahan untuk anak jati Serkam itu mencapai kejayaan dan seterusnya mengharumkan nama negara.

“Ketua Menteri turut mendoakan agar adik Sofia bersama delegasi terlibat akan mengecap kejayaan di bumi Itali dan membawa nama baik Negeri Melaka dan MRSM Alor Gajah sepanjang di sana.

“Pada masa sama, Ketua Menteri turut mendoakan perjalanan adik Sofia sepanjang pertandingan ini dipermudahkan dan seterusnya dapat mencipta satu lagi kejayaan bermakna untuk Negeri Melaka,” kata Abdul Hakim kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu, penyampaian sumbangan itu telah disempurnakan di kediaman adik Sofia yang terletak di Kampung Serkam Pekan, di sini, hari ini.

Untuk rekod, Sofia merupakan antara enam pelajar MRSM Alor Gajah yang berjaya mewakili negara dalam pertandingan Hippo English Without Borders Contest 2025.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …