KDPM TENGKU MAHKOTA PAHANG BERKENAN BERANGKAT KE MAJLIS PENGURNIAAN RUMAH RURASA DI FELDA LEPAR HILIR 3

Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) di Felda Lepar Hilir 3, di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, Kebawah Duli Tuanku berkenan menyampaikan kunci rumah bernilai RM75,000 itu kepada penerima, Encik Mukhtaruddin bin Ab. Hamid.

Keberangkatan Kebawah Duli Tuanku disambut Pegawai Daerah Kuantan, Dato’ Sharudin bin Jali, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Dato’ Haji Ahmad Hairi bin Haji Hussain serta Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP), Dato’ Islanizam bin A. Halim.

Seusai majlis, Kebawah Duli Tuanku turut berkenan menyantuni penduduk setempat dan berkenan menikmati santapan petang di kedai berdekatan.

SUMBER: PAHANG MEDIA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …