𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐏𝐏 𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁 𝐙𝐎𝐍 𝟐

 𝟕 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan Labuan pada hari ini telah menghadiri Program Sambutan Hari Malaysia MPP Labuan Sub Zon 2 yang bertempat di Dewan Komuniti Kampung Patau-Patau 1. Program ini merupakan anjuran MPP Labuan Sub Zon 2 dengan kerjasama MKN WP Labuan, Jabatan Penerangan (JAPEN) WP Labuan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) WP Labuan dan Muzium Labuan serta kerjasama strategik agensi-agensi kerajaan dan swasta.

Program telah dirasmikan oleh Encik Simsudin Sidek, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan. Program turut dihadiri oleh Encik Mohamad Faizuwan bin Mastapar (Penolong Pengarah MKN Labuan), Encik Azman bin Sipan (Pengarah JAPEN Labuan), Encik S Roslee Matusin (Pengerusi MPP Labuan) serta Tn Hj Chemat Hj Mustapha (Pengerusi MPP Labuan Sub Zon 2).

Program ini bertujuan untuk memperkukuh semangat patriotisme komuniti setempat serta menggalakkan penglibatan aktif penduduk dalam program berunsurkan perpaduan dan kemasyarakatan. Antara acara yang diadakan ialah ceramah daripada Muzium Labuan (Bicara Sejarah Labuan) & IPD Labuan (Bahaya Scammer), pertandingan mewarna, basikal berhias, pakaian kebangsaan dan sepakan penalti.

MKN Labuan telah menyampaikan ucapan yang menekankan peranan komuniti dalam aspek pengurusan keselamatan negara dan kepentingan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Artikel/Berita Terkini

PPM, MPOB RAMPAS ISIRUNG SAWIT LEBIH RM600,000

RAMPAS: Isirung kelapa sawit dan beberapa jentera yang dirampas dalam operasi bersepadu PPM Wilayah 4 Sabah bersama MPOB di Lahad …

PENDIDIKAN ALIRAN AGAMA MELAKA CEMERLANG

Seri Negeri – Pencapaian pendidikan aliran agama di Melaka terus menunjukkan prestasi membanggakan apabila kesemua 10 sekolah aliran agama di …

MELAKA SEDIA JADI TUAN RUMAH TERBAIK SAMBUTAN HARI LANDSKAP NEGARA 2026

Seri Negeri – Melaka bakal jadi tumpuan negara apabila dipilih menjadi tuan rumah bagi sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2026 …