Program pembersihan laut dan darat di Pulau Perhentian sempena Hari Kebangsaan mendapat sambutan luar biasa dengan 384 peserta termasuk komuniti setempat. Seramai 80 penyelam terlibat dalam aktiviti Dive Against Debris dan berjaya mengutip 30.7 kg sampah dari dasar laut, manakala aktiviti Beach Clean Up mengutip 290 kg sampah di Kampung Nelayan.
Program ini turut merangkumi plogging, baik pulih pagar masjid, serta gotong-royong kubur, dengan penglibatan agensi kerajaan, NGO dan sukarelawan. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Datuk Razali Idris menegaskan bahawa inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran alam sekitar, malah mengeratkan hubungan komuniti, pelancong dan pihak berkuasa, di samping membantu mengekalkan ekosistem Pulau Perhentian sebagai destinasi pelancongan utama negara.
Sumber: TRDI



