DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Seramai 31 penumpang bas ekspres dan persiaran disaman kerana tidak memakai talipinggang keledar semasa operasi khas kenderaan perdagangan di Plaza Tol Juru dan Tol Sungai Dua. Penguatkuasaan bermula jam 9.00 malam hingga 6.00 pagi, memberi tumpuan utama kesalahan dibawah Kaedah 4 & 4A Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Talipinggang Keledar) 1978 (Pindaan) 2008, iaitu bagi kesalahan tidak pakai talipinggang keledar pemandu dan penumpang bas. Penguatkuasaan ini dilakukan keatas bas ekspres dan persiaran yang dibina mulai 1 Januari 2020.
Kesalahan lain dikesan semasa operasi ini, tiada pemandu kedua (Bas Ekspres dan Persiaran pemanduan melebihi 300km atau 4 jam berterusan). Sebuah kenderaan mewah turut di sita atas kesalahan LKM tamat tempoh dan tiada perlindungan lnsuran.
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



