JELAJAH WIRA MADANI 2025 NEGERI SABAH- SEMBANG SANTAI DAN TAYANGAN LEGASI: BOMBA THE MOVIE

KOTA KINABALU, 21 Ogos 2025 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah telah menjalinkan kolaborasi bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah dalam menganjurkan Program Jelajah Wira MADANI, Sembang Santai dan Tayangan LEGASI: BOMBA – THE MOVIE bertempat di GSC 1Borneo, Kota Kinabalu.

 
Program di bawah inisiatif Jelajah Wira MADANI hasil cetusan ilham YAB Perdana Menteri ini bertujuan menyantuni pegawai, kakitangan dan ahli keluarga bomba serta mengetengahkan kisah pengorbanan anggota bomba terhadap masyarakat melalui medium filem yang bersifat inspiratif.


Pengisian program yang merekodkan kehadiran seramai 350 orang ini dimulakan dengan sesi perkongsian Tuan Rozlan bin Osman, Ketua BBP Papar diikuti dengan ucapan aluan oleh YS PKPjB Mohd Pisar bin Aziz, Pengarah JBPM Negeri Sabah serta ucapan penghargaan berinspirasikan konsep MADANI oleh YBrs Tuan Badrie bin Abdul Rahim selaku Timbalan Pengarah Keselamatan Negeri Sabah.


Penyampaian sumbangan ihsan di bawah inisiatif Wira MADANI kepada keluarga anggota bomba yang ditimpa musibah semasa menjalankan tugas mengisi slot sebelum tayangan dimulakan. Turut hadir Pegawai-pegawai kanan dan kakitangan MKN Negeri Sabah, Penolong² Pengarah Bahagian, Ketua² Zon serta kakitangan dan ahli keluarga JBPM Negeri Sabah. Program turut dimeriahkan dengan kehadiran AJK dan ahli Persatuan Suri & Anggota Bomba Wanita Negeri Sabah (PERISMA).

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah
#bombamalaysia

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …