DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pulau Pinang terus mempergiatkan kempen keselamatan jalan raya melalui Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya kepada pejalan kaki dan penarik beca di Lebuh Lintang, George Town Pulau Pinang.
Melalui program ini yang berfokus kepada pejalan kaki dan penarik beca, advokasi berkaitan keselamatan jalan raya diberikan secara ‘hands on’ kepada pengguna jalan raya tersebut. Penekanan diberikan agar kumpulan pengguna jalan raya tersebut sentiasa memastikan keadaan selamat sebelum melintas.
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



