DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah berjaya menganjurkan Program Mesra Pelanggan pada Ahad, 17 Ogos 2025 bertempat di Dewan Ara Suria, Taman Ara Suria, Tasek Gelugor, SPU.
Program ini bertujuan memberi penerangan dan memudahcara kepada penduduk taman perumahan mengenai kepentingan mendapatkan kelulusan MBSP terlebih dahulu sebelum melaksanakan kerja-kerja ubah suai, pindaan atau tambahan kepada rumah kediaman. Langkah ini penting bagi memastikan binaan dilakukan dengan teratur serta mengelakkan tindakan penguatkuasaan terhadap kerja tanpa kebenaran.
Sumber : Majlis Bandaraya Seberang PeraiΒ https://www.facebook.com/mbsp.pg



