DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Seramai 8 orang penumpang bas ekspres disaman kerana tidak memakai talipinggang keledar semasa operasi khas kenderaan perdagangan di Plaza Tol Juru. Penguatkuasaan bermula jam 10.00 malam hingga 7.00 pagi. Penguatkuasaan dibawah Kaedah 4 & 4A Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Tali Pinggang Keledar) 1978 ( Pindaan ) 2008, iaitu bagi kesalahan tidak pakai tali pinggang keledar pemandu dan penumpang bas ini dilakukan keatas bas ekspres dan persiaran yang dibina mulai 1 Januari 2020.
Pemandu dan penumpang bas ekspres dan bas persiaran adalah dinasihat supaya mematuhi peraturan pemakaian talipinggang keledar dan undang-undang yang berkuatkuasa semasa pemanduan di jalan raya. Kepada pengusaha kenderaan perdagangan dan persendirian pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan baik dan selamat serta mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa.
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



