BULAN KEBANGSAAN: PENJAWAT AWAM DI NEGERI SEMBILAN WAJIB PASANG JALUR GEMILANG DI RUMAH

Semua penjawat awam di Negeri Sembilan diwajibkan memasang Jalur Gemilang di rumah masing-masing sempena Bulan Kebangsaan kali ini. Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, arahan itu yang pertama kali dikeluarkan bertujuan menanam semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan penjawat awam.

Beliau  telah mewajibkan semua ketua jabatan memasang dua bendera di rumah masing-masing iaitu Jalur Gemilang dan bendera Negeri Sembilan manakala bagi penjawat awam pula satu Jalur Gemilang. Ia melibatkan kira-kira 7,000 penjawat awam dan mereka perlu memasangnya bermula arahan dikeluarkan hari ini sehingga 16 September (Hari Malaysia). Jalur Gemilang tersebut perlulah dibeli sendiri dan bukannya disediakan oleh kerajaan negeri.

Ditanya berkenaan pemasangan Jalur Gemilang di negeri ini menjelang sambutan 31 Ogos, beliau berpandangan keadaannya hambar dan masih belum memuaskan. Beliau menyeru kepada rakyat di Negeri Sembilan, kibarkan Jalur Gemilang selain  telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan untuk mengubah corak dan cara meletakkan Jalur Gemilang supaya lebih menarik, nampak kemeriahan sempena Bulan Kebangsaan ini. Aminuddin turut mengingatkan masyarakat supaya lebih berhati-hati memasang Jalur Gemilang bagi mengelak berlakunya kesilapan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

KERAJAAN PERTINGKAT KEMPEN ANTIGANGGUAN SEKSUAL (AGS) BAGI MEWUJUDKAN PERSEKITARAN KONDUSIF

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus komited dalam memperkasakan agenda perlindungan sosial menerusi pelaksanaan Kempen Antigangguan Seksual (AGS) …

BAHAYA MENGGUNAKAN BEKAS POLISTERIN UNTUK MEMBUNGKUS MAKANAN

Bekas makanan polisterin mungkin ringan dan mudah digunakan, tetapi kesannya kepada alam sekitar boleh berpanjangan. Penggunaan bekas makanan polisterin sudah …

BIJAK BAHASA: JAUHI KESALAHAN LAZIM DALAM PENULISAN

Penggunaan bahasa Melayu yang tepat amat penting dalam penulisan rasmi. Elakkan penggunaan frasa yang berlebihan atau tidak lengkap seperti “Adalah …