ANGGOTA PASUKAN BERUNIFORM DIREMAN KEMUKA TUNTUTAN PALSU RM55,000

Seorang anggota pasukan beruniform direman empat hari kerana disyaki bersubahat mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran palsu melibatkan tuntutan bayaran kad kredit syarikat bagi tempahan hotel berjumlah kira-kira RM55,000 untuk kepentingan peribadi.

Perintah reman sehingga 15 Ogos ini dikeluarkan oleh Majistret Saiful Sayoti selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditahan kira-kira jam 4 petang pada Isnin ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Negeri Sembilan.

Siasatan awal mendapati suspek yang juga anggota pasukan beruniform disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut bersama seorang kerani sebuah syarikat pelancongan di ibu negara yang telah direman pada 16 Julai lalu.

Kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan itu dari Mac 2023 hingga Februari 2024 dengan mengemukakan dokumen tuntutan bayaran kad kredit syarikat yang mengandungi butiran palsu bagi tempahan hotel atas urusan rasmi syarikat untuk kepentingan peribadi.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail, mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …