Johor Bahru – Majlis Makan Malam sempena kemuncak Persidangan SOSEK MALINDO KE-21 telah berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna di Holiday Villa Johor Bahru, malam tadi.
Majlis turut diserikan dengan ucapan oleh YBrs. Encik Norazle bin Sulaiman, Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka yang mewakili YBhg. Datuk Maslina Binti Baki, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka (Pengurusan). Turut hadir menyempurnakan majlis ini, YB Dato’ Haji Aman Shah Abd Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor (SUK Johor).

Ucapan beliau menekankan peri pentingnya kerjasama strategik dua hala antara Malaysia dan Indonesia, khususnya dalam memperkukuh hubungan sosioekonomi rentas sempadan, mempertingkat daya saing ekonomi serantau, dan memperkemas aspek keselamatan maritim serta pengurusan sempadan.
Delegasi dari kedua-dua negara turut berkongsi pandangan serta aspirasi untuk membangunkan wilayah-wilayah sempadan secara inklusif dan lestari, sekali gus menyokong dasar negara ke arah keselamatan menyeluruh dan kesejahteraan serantau.
Majlis ini turut menjadi simbol pengukuhan semangat kejiranan serumpun yang membina dan harmoni.
Terima kasih kepada semua delegasi dan tetamu kehormat yang hadir dan memeriahkan majlis.



