π—£π—”π—¦π—§π—œπ—žπ—”π—‘ π—•π—”π—žπ—œ π—₯π—™π—œπ—— π— π—˜π—‘π—–π—¨π—žπ—¨π—£π—œ

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Untuk memastikan perjalanan lancar di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS), pengguna perlu memahami cara penggunaan RFID yang betul.

Tiga langkah Mudah Penggunaan RFID Secara Efisien:
1. Semak Baki Sebelum Bergerak
β€’ Elakkan gangguan di laluan, pastikan baki mencukupi sebelum tiba di plaza tol.
2. Tambah Nilai Lebih Awal
β€’ Gunakan aplikasi Touch β€˜n Go eWallet untuk tambah nilai, terutamanya sebelum waktu puncak, hujung minggu dan musim cuti.
3. Pasang di Lokasi yang Betul
β€’ RFID perlu dipasang di cermin hadapan atau lampu utama, bukan di nombor plat, bonet atau mana-mana tempat yang tidak dapat diimbas.
Untuk prestasi terbaik, lakukan pemasangan di Pusat Sah Touch β€˜n Go yang menyediakan ujian imbasan RFID selepas pemasangan.
Gunakan RFID dengan betul untuk elak kesesakan dan memudahkan perjalanan anda merentasi JSAHMS.
RFID lancar, perjalanan pun tenang.
Sumber : Jambatan Kedua Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/jambatankeduapulaupinang

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …