KUSKOP BINA EMPAT PREMIS TAMU DESA BERNILAI RM790,550 DI PENAMPANG: EWON

RASMI: Ewon menandatangani plak sebagai simbolik perasmian Bangunan Baharu Tamu Desa Kampung Togudon di sini.

PENAMPANG: Empat premis Tamu Desa di kawasan Penampang siap dibina dan dinaik taraf dengan kos keseluruhan RM790,550 menerusi peruntukan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) tahun lalu.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, projek ini melibatkan pembinaan baharu premis tamu di Kampung Inobong, Kampung Babagon dan Kampung Togudon, manakala premis di Kampung Mahandoi dinaik taraf bagi memberi keselesaan kepada para peniaga dan pengunjung.

“Projek ini menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan melalui KUSKOP untuk merancakkan ekonomi luar bandar dan memperkasa usahawan desa.

“Dengan adanya premis baharu, usahawan tamu dapat berniaga dalam keadaan lebih tersusun dan selesa, sementara pengunjung tidak lagi terdedah kepada cuaca panas atau hujan,” katanya.

Ewon berkata demikian semasa merasmikan Bangunan Baharu Tamu Desa Kampung Togudon di sini.

Premis ini akan menjadi lokasi utama aktiviti tamu mingguan penduduk kampung setiap hari Sabtu. Namun begitu, Ewon menggalakkan agar hasil tani dijual setiap hari bagi menggalakkan pergerakan ekonomi setempat.

“Saya menyeru usahawan tani memanfaatkan premis ini untuk menjual hasil pertanian secara harian, bukan hanya pada hari tamu.

“Ini dapat membantu meningkatkan pendapatan mereka secara konsisten,” katanya.

Dalam majlis sama, Ewon turut menyampaikan sijil pendaftaran kepada Koperasi Desa Togudon Berhad yang baru ditubuhkan sebagai langkah memperkukuh struktur ekonomi kampung secara bersama dan mampan.

Katanya, koperasi kampung berperanan memacu pelbagai aktiviti komuniti, khususnya dalam bidang pertanian dan pelancongan, sejajar dengan matlamat kerajaan untuk memperkasa ekonomi luar bandar.

“Kita mahu koperasi jadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi kampung, bukan hanya tertumpu kepada urusan simpan pinjam,” katanya.

Ewon turut memaklumkan bahawa KUSKOP sudah membina 98 premis Tamu Desa di Sabah dan Sarawak pada tahun lalu dan pembinaan premis baharu akan diteruskan tahun ini di kedua-dua negeri berkenaan.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …