DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Politeknik Seberang Perai (PSP) sekali lagi diberi kepercayaan oleh SAM Engineering & Equipment Berhad (SAMEE) sebagai IPTA terpilih bagi pelaksanaan Program Titian Harapan 2025. Program ini menawarkan peluang istimewa kepada pelajar Semester 5 dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik untuk menerima:
Seramai 280 pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) telah menghadiri sesi taklimat rasmi yang berlangsung di Dewan Kuliah Utama PSP. Taklimat meliputi perkongsian maklumat berkaitan syarat permohonan, proses penapisan, pelaksanaan program, dan perjanjian antara pelajar serta syarikat SAMEE. Sesi soal jawab yang dijalankan turut menerima sambutan dan kerjasama yang sangat positif daripada para pelajar.
Nilai keseluruhan tajaan bagi setiap pelajar yang berjaya adalah sebanyak RM7,200 sepanjang tempoh penajaan. Tambahan pula, pelajar dijamin penempatan pekerjaan mengikut keperluan dan perancangan syarikat. Program ini turut selari dengan pelaksanaan Latihan Industri Berstruktur (LIB) di Politeknik, sekaligus memberi nilai tambah kepada para pelajar untuk bersedia ke alam kerjaya sebenar.
Sumber : Politeknik Seberang Peraiย https://www.facebook.com/Poliseberangperai



