๐—ข๐—ฃ๐—ฆ ๐—ž๐—›๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—š๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah membuat penguatkuasaan khas kenderaan perdagangan dengan sasaran Kenderaan Perkhidmatan Barangan (KPB) disekitar Bertam Perdana, Pinang Tunggal dan Persiaran Tun Hamdan Sheikh Tahir, Kepala Batas.

Penguatkuasaan ini berdasarkan aduan dan rintihan penduduk setempat serta bertujuan memastikan pemandu dan pengusaha kenderaan perdagangan mematuhi peraturan dan undang- undang yang berkuatkuasa di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah dibawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat APAD 2010 (Akta 715) serta memastikan kenderaan perdagangan selamat digunakan di jalanraya.

Pemeriksaan keatas kenderaan barangan terutama lori tipper/ dumper, kesalahan dikesan lesen memandu dan lesenย memandu kenderaan barangan (GDL) tamat tempoh, tayar haus berlebihan, gagal selenggara kenderaan dengan baik, lampu brek dan isyarat tidak berfungsi dan membawa lebih muatan.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinangย https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

SATU KLIK BOLEH MEMBAWA PADAH

Warga emas merupakan antara golongan yang paling kerap menjadi sasaran penipuan dalam talian. Oleh itu, marilah kita bersama-sama membantu melindungi …

NOTIFIKASI HAJI: DEPOSIT KENA CAPAI RM15,000, BERJALAN 10,000 LANGKAH SEHARI โ€“ TH

Lembaga Tabung Haji (TH) mula menghantar notifikasi peringatan kepada bakal jemaah haji musim 1448H/2027M dan 1449H/2028M supaya membuat persediaan awal …

ANTARA BENCANA DAN KEMALANGAN

๐Ÿšจ Bencana atau kemalangan? Ramai masih keliru dengan perbezaannya. Hakikatnya, tidak semua kejadian dikategorikan sebagai bencana. Bencana ialah kejadian yang …