243 SAMAN DIKELUARKAN ATAS KESALAHAN TAK PAKAI TALI PINGGANG KELEDAR DALAM BAS

Sebanyak 243 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan kepada penumpang bas ekspres dan persiaran yang enggan menggunakan tali pinggang keledar sepanjang operasi yang dilaksanakan, bulan ini.

Menurut Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf, pemeriksaan dijalankan melalui kaedah penyamaran sebagai penumpang serta pemeriksan mengejut di kawasan rehat dan rawat (R&R). Penguatkuasaan khas pemakaian tali pinggang keledar bas ekspres dan bas persiaran dilaksanakan bermula 1 Julai hingga hari ini bagi menangani isu keselamatan jalan raya.

Penguatkuasaan ke atas pemasangan dan kelengkapan tali pinggang keledar bagi bas yang dibina mulai 1 Januari 2020 dan pemakaian tali pinggang keledar terhadap pemandu dan penumpang bas.  Sebanyak 92 bas dinaiki anggota JPJ yang membuat penyamaran bagi meningkatkan persepsi ditangkap melakukan kesalahan (POBC) kepada pemandu dan juga penumpang bas.

Bagaimanapun, masih ada penumpang bas yang mengabaikan aspek keselamatan dengan melanggar peraturan pemakaian tali pinggang keledar seperti mana yang ditetapkan dalam undang-undang. Daripada 92 bas yang dinaiki ketika penyamaran, sebanyak 179 saman dikeluarkan kepada penumpang yang melakukan kesalahan itu.

Pasukan penguatkuasa juga membuat pemeriksaan mengejut bas berkenaan di R&R serta hentian sebelah di Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS). Sebanyak 64 saman bagi kesalahan sama dikeluarkan kepada penumpang.

Secara keseluruhannya, jumlah saman yang dikeluarkan kepada penumpang bas yang gagal mematuhi peraturan pemakaian tali pinggang keledar adalah sebanyak 243 kes. Ia membabitkan 72 kes terhadap warga tempatan dan 171 kes ke atas warga asing.

JPJ menasihatkan supaya pemandu dan penumpang kenderaan sentiasa mematuhi peraturan pemakaian tali pinggang keledar bagi tujuan keselamatan bersama. Penguatkuasaan berterusan akan dilaksanakan bagi memastikan tahap kesedaran dan pematuhan meningkat dari masa ke semasa.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …