LARANGAN VAPE BERKUAT KUASA DI TERENGGANU BERMULA 1 OGOS

Kerajaan Negeri Terengganu akan melaksanakan penguatkasaan penuh larangan penjualan vape bermula 1 Ogos 2025, selepas tamat tempoh peralihan tiga bulan yang diberikan setelah pengumuman larangan sejak 1 Mei 2025.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah, kerajaan negeri tidak akan meluluskan lesen kepada premis yang menjual vape dan tidak akan menerima sebarang tajaan daripada syarikat pengeluar vape.

Penguatkuasaan akan dilaksanakan oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan tindakan seperti kompaun RM1,000, penyitaan premis dan rampasan barangan, jika ingkar. Walaupun bidang kuasa hanya terhad kepada premis fizikal, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyekat penjualan vape secara dalam talian.

Orang awam digalakkan menyalurkan aduan melalui talian hotline PBT, aplikasi aduan awam, atau hadir ke kaunter penguat kuasa di pejabat PBT masing-masing. Aduan tersebut akan disiasat dan tindakan sewajarnya akan diambil dan penguatkuasaan turut dijalankan secara bersepadu bersama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) bagi memastikan persekitaran bebas vape dan menjaga kesihatan rakyat, terutamanya golongan muda.

 

Sumber: TRDI

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …