DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Taklimat Keselamatan Jalan Raya dan Pemanduan Berhemah kakitangan Bagan Specialist Centre Butterworth, Pulau Pinang. Program seumpama ini bertujuan memberi pendedahan dan penekanan berkaitan tingkah laku pengguna jalan raya serta kefahaman tentang betapa pentingnya aspek keselamatan kepada pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal sekaligus dapat membudayakan penunggangan selamat khususnya semasa perjalanan pergi dan balik dari kerja.
Penceramah turut berkongsi tips pemanduan defensif bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya yang semakin meningkat.
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



