DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Stesen Penguatkuasa (SPK) Valdor JPJ Negeri Pulau Pinang, bersama JSPT daerah SPS, telah melaksanakan penguatkuasaan Ops Bersepadu Kenderaan Perdagangan. Penguatkuasaan diadakan pada waktu pagi bermula jam 09.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, dengan kekuatan anggota seramai 16 orang.
Sebanyak 6 buah kenderaan perdagangan diarah timbang di SPK Valdor JPJ Negeri Pulau Pinang dan 3 buah kenderaan barangan telah dikenakan tindakan kesalahan di bawah Kaedah 89 MV (C&U) 1959.
Sebanyak 45 notis saman dan kesalahan teknikal telah dikeluarkan oleh JPJ, 37 notis saman oleh JSPT.
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



