SEORANG MAUT, TIGA SELAMAT TRAGEDI BOT KARAM

MAUT: Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

KINABATANGAN: Seorang lelaki ditemukan lemas manakala tiga lagi terselamat selepas bot yang mereka naiki karam ketika menjalankan aktiviti memancing di sungai berhampiran Ladang Temenggong, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Hairi Otuh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.49 pagi.

Katanya, seramai tiga anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira 115 kilometer dari balai untuk menjalankan operasi menyelamat.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba menerima maklumat bahawa seramai empat lelaki terbabit dalam kejadian bot karam ketika memancing.

“Tiga daripada mereka berjaya menyelamatkan diri, manakala seorang lagi mangsa dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera dijalankan dengan bantuan penduduk kampung menggunakan bot milik orang awam.

Hairi berkata, pada jam 6.30 petang, mangsa terakhir ditemukan lemas oleh orang kampung kira-kira 15 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

“Mangsa, berusia 46 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak polis. Mayat kemudian diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7 malam selepas memastikan tiada lagi ancaman di lokasi,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …