JEREBU: KERAJAAN NEGERI PERTIMBANG PEMBENIHAN AWAN

Kerajaan negeri mempertimbang pelaksanaan pembenihan awam sekiranya bacaan indeks pencemaran udara (IPU) terus meningkat di tiga stesen utama di negeri ini. Menurut EXCO Keusahawan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Pengguna, S Veerapan, pihaknya memandang serius impak jerebu yang semakin memburuk di rantau ini.

Pihaknya sudah menggerakkan pelan tindak balas negeri berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan serta Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan, selaras arahan Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar (JAS).

IPU melebihi ambang 150 dalam tempoh berterusan 24 jam mendorong pengaktifan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), dengan koordinasi penuh pihak berkuasa tempatan, jabatan teknikal dan unit kesihatan awam.

Sejak Sabtu lalu, bacaan IPU di Port Dickson, Seremban dan Nilai bersilih ganti merekodkan bacaan tidak sihat melebihi 150. Kerajaan negeri mempergiat rondaan dan penguatkuasaan terhadap aktiviti pembakaran terbuka, terutamanya di kawasan pertanian dan lot industri berisiko tinggi. Pihaknya juga menyediakan data persekitaran yang telus dan boleh diakses komuniti, bagi menyokong kesedaran dan tindakan bersama.

Selain itu, pihaknya sedang menilai pelaksanaan teknologi pembenihan awan secara bersepadu dengan agensi pusat, sekiranya pencemaran udara terus meningkat. Beliau turut menasihatkan rakyat memainkan peranan aktif melaporkan pembakaran terbuka melalui talian aduan JAS, serta menyokong usaha negeri ke arah masa depan yang lebih lestari dan tahan iklim.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …