BERATUS MAT MOTOR BERPELUH TOLAK MOTOSIKAL KE BALAI

Beratus ‘mat motor’ diarah menolak motosikal masing-masing sejauh satu kilometer ke Balai Polis Senawang selepas dikepung dengan trak tunda di Jalan Persiaran Senawang 1 di sini pada Ahad.

Operasi Samseng Jalanan dilakukan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seremban yang bermula jam 1.30 pagi itu menyaksikan sebanyak 130 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, operasi berkenaan tertumpu di dua lokasi iaitu Jalan Senawang 19 dan Jalan Persiaran Senawang 1. Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban bersama agensi luar dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, Majlis Bandaraya Seremban (MBS) serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) melancarkan operasi ini.

Seramai 125 individu dan 116 kenderaan diperiksa dan hasilnya, polis mengeluarkan 130 saman atas pelbagai kesalahan serta membuat tiga tangkapan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Sebanyak lima motosikal telah disita mengikut Seksyen 64(1) APJ 1987 dan JPJ telah mengeluarkan 73 Notis P22 termasuk tiga arahan pemeriksaan kenderaan. Sebanyak 11 notis dikeluarkan terhadap motosikal yang gagal dalam ujian pelepasan bunyi bising oleh JAS.

MBS pula mengeluarkan tiga kompaun serta sembilan notis mengikut Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974. Operasi berkenaan membabitkan kekuatan seramai lapan pegawai dan 71 anggota daripada pelbagai agensi.

Operasi seumpama itu akan diadakan dari semasa ke semasa dalam usaha membendung kegiatan samseng jalanan terutama di kawasan yang sering menjadi tumpuan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …