𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—•π—œπ— π—•π—œπ—‘π—š π—žπ—˜π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§π—”π—‘ π—π—”π—Ÿπ—”π—‘ π—₯𝗔𝗬𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Jabatan Pengangkutan Jalan telah berkolaborasi bersama Boon Siew Honda Sdn. Bhd. melaksanakan Program Bimbing Keselamatan Jalan Raya di Institut Latihan Perindustrian Nibong Tebal, Perai dan Kepala Batas sempena Minggu Suai Kenal bagi pelajar baru yang mendaftar diri.

Program ini dilaksanakan melalui medium ceramah bagi memperkasakan kempen keselamatan jalan raya dan pematuhan undang- undang terhadap penunggang motosikal di peringkat institusi pendidikan. Program seumpama ini diadakan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang keselamatan jalan raya bagi melahirkan generasi baru yang mengamalkan budaya selamat dan berhemah di jalan raya.

Sumber : JPJ NegeriΒ  Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

RAKYAT SABAH PERLU TERUS PELIHARA PERPADUAN, KEHARMONIAN

ALBUM: Musa (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan pada majlis itu. KOTA KINABALU: Rakyat Sabah perlu terus memelihara perpaduan, keharmonian dan …

PENAMPANG DAN KOTA KINABALU DIISYTIHAR BENCANA BANJIR

BENCANA: Pengisytiharan bencana bagi kedua-dua daerah susulan keadaan banjir semakin buruk. KOTA KINABALU: Daerah Penampang dan Kota Kinabalu diisytihar sebagai …

30 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN KE PPS DI PENAMPANG

PINDAH: Pasukan bomba menjalankan operasi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan. PENAMPANG: Seramai 30 mangsa daripada tiga lokasi terjejas banjir …