π—’π—£π—˜π—₯π—”π—¦π—œ π—žπ—›π—”π—¦ π—žπ—˜π—‘π——π—˜π—₯𝗔𝗔𝗑

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Operasi Khas Kenderaan Perdagangan dengan tumpuan utama kepada KPB yang membawa lebih muatan dan kesalahan teknikal dan KPA terhadap Bas Persiaran dan Bas Ekspres di Plaza Tol Juru.

Sebanyak 18 buah KPB dikenakan tindakan saman membawa lebih muatan dibawah Seksyen 57(1) (b)(iv) APAD 2010 dan dibawah Kaedah 89 MV (C&U) 1959. kesalahan lain dikesan bawa muatan secara bahaya, kesalahan teknikal tayar haus berlebihan, lampu brek tidak berfungsi, pasang strobe light tanpa kebenaran dan tiada reflector. Kesalahan KPA, sebanyak 8 buah bas persiaran dan bas ekspres dikenakan tindakan saman kerana tiada pemandu kedua bagi pemanduan melebihi 300km atau melebihi 4 jam berterusan, tidak selenggara buku log pemandu dan 10 penumpang dikenakan saman tidak pakai talipinggang keledar. Sebanyak 289 notis saman dan kesalahan teknikal telah dikeluarkan dalam operasi ini.

Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

KONDOMINIUM DISERBU, LAPAN PEKERJA PEMBERSIHAN PATI DITAHAN

Kuala Lumpur – Sebuah kondominium di Jalan Dutamas Raya, Segambut, di sini, diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur sebelum …

DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT

Ayer Keroh – Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut menjadi platform …

PROGRAM PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pada tarikh …