𝗦𝗜𝗠𝗨𝗟𝗔𝗦𝗜 𝗗𝗘𝗠𝗢𝗡𝗦𝗧𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗘𝗞𝗦𝗘𝗦𝗔𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗦𝗔𝗜 𝗕𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥

𝟮𝟭 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟱: Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan, Tuan Roslin Hisham bin Abd Hamid, hadir menyaksikan Simulasi Demonstrasi Eksesais Perisai Bandar oleh Anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Unit 7 Pasukan Simpanan Persekutuan mengawal situasi tegang di padang kawad Rejimen Kedua Kor Armor Diraja, Kem Sunggala.

Eksesais tersebut adalah langkah kesiapsiagaan menghadapi sebarang ancaman terhadap keselamatan awam yang memfokuskan kepada pengendalian situasi rusuhan dan gangguan ketenteraman.

Eksesais itu turut memberi penekanan terhadap keberkesanan pelaksanaan serta penilaian taktik, teknik dan prosedur penyuraian rusuhan mengikut garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan menjadi platform untuk mengaplikasikan strategi secara praktikal dalam simulasi yang mendekati situasi sebenar.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …