SEORANG LAGI ADUN DITAHAN SPRM SABAH

AZAM

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah hari ini menahan seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM150,000 membabitkan isu pengeluaran lesen cari gali di negeri ini.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40an itu ditahan kira-kira jam 9.30 pagi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah di sini.

“Suspek yang juga Pembantu Menteri dipercayai melakukan perbuatan itu sekitar 2023 dan 2024.

“Siasatan juga mendapati suspek disyaki meminta dan menerima rasuah bernilai kira-kira RM150,000 daripada seorang individu berpangkat Datuk kononnya untuk membantu menguruskan permohonan lesen cari gali di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, suspek dilepaskan selepas keterangan diambil dengan  jaminan sebanyak RM50,000 (tanpa deposit) dengan seorang penjamin dan suspek juga  akan didakwa dalam masa terdekat.

Sebelum ini, SPRM Sabah turut menahan dua individu termasuk seorang ADUN dan juga orang awam yang dipercayai terlibat dalam siasatan kes berkenaan.

ADUN Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob ditahan pada 18 Jun lepas di pejabat SPRM Sabah di sini selepas memberi keterangan hampir empat jam.

Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad itu dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin.

Terdahulu, Azam turut memaklumkan tiga individu termasuk dua ADUN akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat berhubung dengan siasatan Op ADUN.

Beliau berkata, pihak SPRM juga dalam proses untuk menjalankan tangkapan dan memaklumkan individu terbabit mengenai tarikh untuk hadir ke mahkamah.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut

LOKASI KAMERA AwAS DI LEBUHRAYA UTARA–SELATAN (PLUS)

 LOKASI KAMERA AwAS DI LEBUHRAYA UTARA–SELATAN (PLUS) Pemandu yang menggunakan Lebuhraya PLUS, ambil perhatian! Kamera AwAS (Automated Awareness Safety System) …
Maklumat Lanjut