LELAKI WARGA ASING MILIKI SYABU, BERDEPAN HUKUMAN GANTUNG

TANGKAP: Suspek berserta dadah jenis syabu yang ditemukan dibawa ke IPD Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

LAHAD DATU: Seorang lelaki warga asing berdepan hukuman gantung sampai mati selepas ditahan memiliki dadah jenis syabu seberat 50.73 gram di Kampung Pasusul, Felda Sahabat 18, di sini, semalam.

Suspek berusia 46 tahun itu diberkas menerusi Ops Tapis yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu hasil risikan berterusan berkaitan aktiviti pengedaran dadah di kawasan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Jimmy Panyau berkata, pihaknya menerima maklumat dan hasil risikan berkaitan aktiviti pengedaran dadah di kawasan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan di bilik kediaman suspek telah menemukan dadah jenis syabu yang disembunyikan dalam sebuah bekas plastik.

“Selain dadah, beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk aktiviti penyalahgunaan dadah turut dirampas, termasuk sebuah motosikal dan kenderaan pacuan empat roda,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, ujian saringan awal air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan, dan Seksyen 15(1)(a) akta sama kerana mengambil dadah.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti rangkaian sindiket serta modus operandi pengedaran dadah di kawasan Felda Sahabat dan sekitarnya,” katanya.

Dalam pada itu, Jimmy menyeru orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran atau penyalahgunaan dadah agar tindakan tegas dapat diambil.

“Polis komited membanteras jenayah dadah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan komuniti sentiasa terpelihara,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut