WARGA EMAS DIREMAN, BANTU SIASATAN TIPU PAKEJ HAJI

Seorang lelaki berusia 67 tahun direman empat hari bagi membantu siasatan kes penipuan pakej haji membabitkan tiga beranak di Mantin, dekat sini.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Dzaffir Mohd Yusoff,  suspek ditahan di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, semalam selepas laporan polis dibuat keluarga mangsa di Balai Polis Mantin.

Mangsa membabitkan sepasang suami isteri dan seorang anak perempuan. Mungkin ada lebih ramai yang jadi mangsa skim penipuan berkenaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Siasatan awal mendapati mangsa mengalami kerugian RM81,000 dengan setiap mereka membayar RM27,000.

Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti jika kes didalangi pihak persendirian atau syarikat. Polis meminta individu yang menjadi mangsa kepada penipuan pakej haji tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, polis menerima tiga laporan berkaitan penipuan pakej haji ke atas sekumpulan warga emas yang didakwa dikurung dan dipaksa meredah laluan berbahaya di Arab Saudi.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali, dilaporkan berkata, tiga laporan itu dibuat oleh ahli keluarga jemaah di Malaysia.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …