PEMILIK LEPASKAN ANJING GANGGU JIRAN DI GARDEN HOMES DIKOMPAUN

Seorang pemilik anjing di Garden Homes di sini dikenakan dua kompaun dan satu notis amaran oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS) selepas didapati melepaskan anjing peliharaannya sehingga mengganggu ketenteraman jiran.

Menurut Datuk Bandar Seremban, Datuk Masri Razali, tindakan itu diambil susulan aduan diterima menerusi sistem SISPAA bertarikh 29 Mei 2025, berhubung gangguan anjing peliharaan yang dilepaskan tanpa pengawasan.

Aduan ini merupakan aduan berulang. Pemilik anjing telah dikompaun sebelum ini, namun masih mengulangi kesalahan yang sama. Dua kompaun dikeluarkan atas kesalahan memelihara anjing tanpa lesen mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing, dan satu notis amaran turut diserahkan supaya pemilik tidak lagi melepaskan anjing keluar dari kawasan rumah tanpa pengawasan.

MBS akan meneruskan tindakan penguatkuasaan terhadap pemilik anjing yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan demi menjaga kesejahteraan komuniti setempat. Beliau turut menasihatkan semua pemilik anjing agar memohon lesen peliharaan anjing yang sah daripada MBS dan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Harga lesen anjing bagi tempoh setahun ialah RM10 dan sah sehingga 31 Disember setiap tahun. Anjing juga wajib divaksin dan disahkan oleh pegawai veterinar atau doktor haiwan bertauliah. Lesen ini hanya akan dikeluarkan kepada pemilik yang tinggal di kawasan jenis ‘landed’ sahaja. Anjing tidak dibenarkan dipelihara dalam kawasan bertingkat atau strata.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …