JKDM SABAH GAGALKAN CUBAAN SELUDUP BARANGAN BERNILAI RM16.7 JUTA

RAMPAS: Siti Mang menunjukkan sebahagian rampasan semasa sidang media terbabit.

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan tiga cubaan penyeludupan pelbagai barangan bernilai RM16.6 juta dalam tiga serbuan berasingan yang dijalankan di Pelabuhan Teluk Sepanggar antara 14 hingga 29 Mei lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan), Siti Mang berkata, antara barangan yang dirampas termasuklah minuman keras, ayam beku dan beras yang cuba diseludup masuk ke negara ini tanpa permit sah.

“Dalam kes pertama, pasukan risikan JKDM menjalankan siasatan selama dua minggu terhadap aktiviti penyeludupan minuman keras.

“Hasil pemeriksaan terhadap 33 kontena membawa kepada penemuan sebanyak 659,856 liter minuman keras pelbagai jenis.

“Anggaran nilai rampasan minuman keras itu adalah RM3.97 juta, manakala nilai duti dan cukai yang terlibat dianggarkan RM11.86 juta,” katanya semasa sidang media di Pelabuhan Sepanggar di sini.

Menurutnya, kes kedua melibatkan rampasan 28 tan produk ayam beku yang dibawa masuk tanpa permit import sah pada 16 Mei dan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM233,400, dengan anggaran cukai dan duti RM93,360.

“Bagi kes ketiga pada 29 Mei, JKDM menahan sebuah kontena membawa 150 tan beras wangi dan pulut dalam guni, nilai rampasan dianggarkan RM356,250, manakala nilai duti dan cukai berjumlah RM142,500.

“Modus operandi yang dikesan adalah dengan menyalahgunakan pengisytiharan barangan, termasuk menyamar barangan terbabit sebagai aluminium untuk mengelirukan pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata, kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa kegiatan penyeludupan bukan sahaja mengakibatkan kerugian hasil negara, malah turut mengancam keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Orang ramai disaran untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan menerusi Talian Bebas Tol Kastam di 1-800-88-8855, dengan jaminan bahawa identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

 

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut