LELAKI DISYAKI TIPU ISI MINYAK DITAHAN

TANGKAP: Polis berjaya mengesan dan menangkap suspek hasil maklumat awam yang diterima.

TAWAU: Seorang lelaki disyaki terbabit dalam kes penipuan berjaya diberkas polis selepas dikesan berada dalam sebuah kenderaan mencurigakan di belakang premis dobi di bandar ini, awal pagi tadi.

.Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 pagi itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau menerima maklumat awam mengenai kehadiran sebuah kenderaan mencurigakan di lokasi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MPV), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) segera ke lokasi sebelum mengesan sebuah kereta di kawasan terbabit.

Katanya, pemeriksaan mendapati terdapat seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun berada dalam kenderaan berkenaan.

“Semakan lanjut mendapati kereta itu terbabit dalam satu laporan polis berkaitan kes penipuan yang masih dalam siasatan.

“Suspek terbabit ditahan di lokasi kejadian manakala kenderaan yang digunakan turut dirampas bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek dipercayai terbabit dalam beberapa kejadian mengisi minyak tanpa membuat bayaran di beberapa stesen minyak sekitar bandar ini.

“Tindakan suspek bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah turut menimbulkan rasa marah dan tidak puas hati dalam kalangan pengusaha stesen minyak yang mengalami kerugian akibat perbuatan itu.

“Hasil ujian saringan awal air kencing, bagaimanapun mendapati suspek terbabit negatif daripada sebarang pengambilan dadah,” katanya.

Jasmin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

“Polis mengucapkan terima kasih atas maklumat orang awam dan menyeru masyarakat supaya terus menyalurkan sebarang maklumat bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

 

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut