π—žπ—¨π—₯𝗦𝗨𝗦 π—£π—˜π— π—”π—‘π——π—¨π—”π—‘ π—•π—˜π—₯π—›π—˜π— π—”π—› 𝗗𝗔𝗑 π—£π—˜π—‘π—šπ—¨π—₯𝗨𝗦𝗔𝗑 π—žπ—˜π—‘π——π—˜π—₯𝗔𝗔𝗑

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

 

KPDN Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Kursus Pemanduan Berhemah dan Pengurusan Kenderaan yang melibatkan seramai tiga puluh lima (35) orang peserta.Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai dan kakitangan yang berurusan dan menggunakan kenderaan jabatan untuk menggunapakai kemudahan yang disediakan dengan berhemah.
Antara pengisian program yang dilaksanakan adalah tiga (3) siri taklimat yang disampaikan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pulau Pinang dan Bahagian Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang. Pengisian yang disampaikan adalah mengenai peranan dan tanggungjawab pemandu, asas penjagaan kenderaan, prosedur pengurusan saman dan kes kemalangan, tatacara pengurusan rekod kenderaan, pengurusan buku log, pengurusan kad Touch n Go dan tempat simpanan kenderaan. Pada hari kedua, peserta didedahkan dengan pengendalian dan latihan secara praktikal oleh pihak JPJ mengenai etika pemanduan berhemah dan pengendalian kenderaan.
Sumber : KPDN Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/KPDNHEPPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …