‘DESTINASI SMJ ANAK MUDA 2.0’, RUANG INTERAKSI KERAJAAN DAN BELIA

INTERAKSI: Masidi (tengah) turut beramah mesra bersama pelajar UMS yang menyertai forum ‘Destinasi SMJ Anak Muda 2.0’.

KOTA KINABALU: Forum dialog terbuka ‘Destinasi SMJ Anak Muda 2.0’ buka ruang interaksi antara kerajaan dan golongan belia.

Lebih 500 pelajar berkumpul di Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini menyertai forum berkenaan yang menampilkan Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Forum yang dianjurkan oleh Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR), Jabatan Ketua Menteri itu bertujuan menyediakan platform kepada pelajar untuk menyuarakan kebimbangan, berkongsi idea dan mendapatkan pemahaman mengenai dasar serta rancangan pembangunan kerajaan negeri.

Pengarah IKRAR, Azrul Ibrahim yang juga moderator forum itu mengupas pelbagai isu termasuk penyelesaian bekalan air di UMS, hala tuju ekonomi Sabah ketika ini, kebajikan pelajar, dan pasaran pekerjaan.

Dalam pada itu, Masidi memberi jaminan kerajaan komited untuk menangani kebimbangan para pelajar, terutamanya dalam aspek yang memberi kesan langsung kepada golongan belia dan pendidikan.

“Kami dengar segala kebimbangan anak muda sama ada berkaitan air, pendidikan, atau peluang pekerjaan tidak diabaikan.

“Kerajaan juga komited untuk menyediakan penyelesaian yang jelas dan berkesan.

“Tenaga dan idea yang dikongsi hari ini mengukuhkan keyakinan saya bahawa Sabah berada di landasan yang baik,” katanya.

Beliau berkata, anak muda bukan sahaja pemimpin masa depan, mereka sudah pun memainkan peranan penting hari ini.

Dalam pada itu, Masidi turut menggalakkan anak muda Sabah untuk terus terlibat, peka dan mengambil bahagian dalam membentuk masa depan negeri ini.

Sementara itu, pelajar UMS yang terlibat forum berkenaan menyambut baik dan menghargai peluang untuk berinteraksi secara langsung dengan menteri kabinet negeri.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PEMBELI DESAK PEMAJU SIAPKAN RUMAH PROJEK SAKIT

Impian menduduki mahligai baharu pada Januari lalu musnah apabila projek pembinaan kira-kira 200 unit sebuah taman perumahan di Lenggeng di …
Maklumat Lanjut

80 RUMAH DI DUA KAMPUNG TERJEJAS RIBUT

Dianggarkan sebanyak 80 rumah di Kampung Baru Ayer Hitam dan Felda Lui Barat mengalami kerosakan akibat dilanda ribut sekitar jam …
Maklumat Lanjut

SUSPEK MILIKI 23 REKOD JENAYAH CUBA LARI DARI POLIS, REMPUH DUA KENDERAAN

Tindakan mencurigakan sebuah kenderaan di Jalan Tampin-Seremban awal Ahad membawa kepada penahanan tiga individu termasuk seorang daripadanya mempunyai 23 rekod …
Maklumat Lanjut