PARAKOM TANGANI LEBIH 110 KES KECEMASAN SEPANJANG 2024

Ayer Keroh – Sukarelawan Paramedik Komuniti (PARAKOM) menangani sebanyak 110 kes kecemasan kritikal dan ringan dilaporkan sekitar lokasi tumpuan pelancong di negeri ini sepanjang tahun lalu.

Pegawai Operasi dan Penyelaras PARAKOM Melaka, Saiful Nizam Sairi berkata, sejak ditubuhkan pada Mac 2024 inisiatif itu amat dialu-alukan dan disenangi kerana memberikan faedah yang besar kepada orang ramai termasuk pelancong.

Katanya, antara kecemasan melibat kes kritikal adalah serangan sawan dan pelancong yang terjatuh hingga menyebabkan patah anggota badan.

“Alhamdulillah, sukarelawan PARAKOM memberikan tindak balas segera selepas dimaklumkan berhubung kejadian melibatkan pelancong berkenaan, hasil rawatan awal diberikan membantu mengurangkan tahap kecederaan dialaminya.

“Setakat April 2025, lebih 300 sukarelawan PARAKOM sudah menghadiri kursus asas Tahap Satu, sementara itu 100 orang melepasi kursus asas Tahap Dua, bakinya masih menunggu untuk dipanggil menghadiri kursus asas yang dilaksanakan pada setiap bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui di Pejabat Perkhidmatan Rawatan Pra Hospital dan Ambulans Dalam Komuniti di Taman Tasek Utama, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Saiful Nizam berkata sukarelawan PARAKOM bukan sahaja ditempatkan di kawasan tumpuan pelancong, malah melibatkan semua Japerun dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

“Selain kemahiran dalam memberikan rawatan kecemasan, sukarelawan PARAKOM juga dilengkapi beg kit perubatan yang lengkap. Bagi menjaga kualiti perkhidmatan pula, sukarelawan perlu memaklumkan dan memberikan laporan berhubung setiap kecemasan yang ditangani.

“Kaedah ini dapat membantu kita dalam memastikan teknik rawatan diberikan adalah betul,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …