NEGERI SEMBILAN LAKSANA KAJIAN KESELAMATAN SALURAN PAIP GAS

Kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan dengan Gas Malaysia dan Petronas bagi memulakan kajian keselamatan saluran gas yang terdapat di negeri ini. Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, daripada perbincangan awal dengan JKR, terdapat dua saluran paip utama yang berada di Negeri Sembilan di bawah kendalian dua syarikat terbabit.

Pihaknya akan mendapatkan maklumat terperinci berkaitan saluran itu sebelum mengambil sebarang langkah menambah baik garis panduan keselamatan projek pembangunan yang dijalankan pada masa hadapan.

Beliau telah diberikan taklimat oleh Pengarah JKR berkaitan laluan paip gas di negeri ini yang melibatkan dua saluran utama iaitu di bawah Petronas yang bertekanan tinggi dan Gas Malaysia dengan tekanan lebih rendah dan dimaklumkan Petronas mempunyai rizab laluan saluran paip gas, manakala Gas Malaysia melalui jalan utama. Buat masa sekarang pihaknya sedang meneliti perkara ini dan mencari penyelesaian terbaik.

Aminuddin menzahirkan rasa simpati terhadap kejadian luar jangka yang berlaku di Selangor dan berharap agar terdapat penyelesaian terbaik buat mangsa yang terlibat. Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri, melalui badan bukan kerajaan (NGO) serta agensi kerajaan negeri, turut menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa bagi meringankan beban mereka.

Kemalangan di Putra Heights menjadi pengajaran kepada kita untuk meneliti perkara ini bagi memastikan ia tidak memberi kesan buruk kepada masyarakat. Kita tidak boleh membuat keputusan secara tergesa-gesa, lebih baik dilakukan kajian terlebih dahulu sebelum sebarang langkah dan cadangan terhadap pemaju dilaksanakan pada masa akan dating.

Sementara itu, mengulas berkaitan isu kebimbangan penduduk terhadap projek pembangunan berhampiran saluran paip Gas Malaysia di Sendayan, beliau meminta masyarakat agar tidak panik dan diminta bertenang. Ia hanya laluan Gas Malaysia (bertekanan rendah) dan bukannya Petronas. Namun perkara itu akan diteliti berpandukan maklumat daripada pihak berkenaan.

Beri masa kepada kerajaan negeri untuk menjalankan kajian, selepas itu barulah kita maklumkan hasil dapatan. Kajian tersebut bukan hanya melibatkan aspek keselamatan paip gas sahaja, tetapi juga mengambil kira laluan utiliti lain seperti paip saliran serta kabel telekomunikasi yang turut akan diberikan perhatian.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut